Monday 30 April 2012

KISAH ZAMAN MUDA : KUMPUL KAD TOPUP


Setiap orang mesti ada koleksi benda2 yang diorang suka kumpul. Macam tu lah jugak aku. Dah rupa karangan sekolah rendah la pulak... Hahahaha... Dulu masa sekolah rendah aku suka kumpul setem. Time tu zaman surat menyurat dengan kawan duk jauh2. So, banyak la jugak setem aku dapat. Beli buku setem kecik, dah penuh dah. Pastu bila jemu, biarkan macam tu aje.

Masuk sekolah menengah, duk asrama. Gila kumpul kad phone. Alah yang guna public pakai kad. Orang len pakai syiling, aku lak gila advanced duk beli kad phone. Bukan ape, senang. Public kat asrama syiling cepat penuh, so xley guna syiling aku guna la kad. Tepun family aje pun. Dah berpuluh2 kad simpan. Macam2 corak. Tapi sayang, terlupa mana letak. Mungkin dah terbuang kot.

Then after form 5, masuk form 6 skejap time tu tahun 2004 baru lah aku start pakai henpon. Time tu henpon Nokia 3315 je. Beli lak simkad. Simkad waktu tu mahal gile, RM50/60 satu sim. Topup plak takde RM3, RM5, RM10. Paling sikit RM30. Tapi pelik bin hairan, boleh la pulak aku topup  RM30 ye. Kalau sekarang RM10 pun rasa macam byk dah. RM30 mintak maap la. 

So bermula dari topup mentopup tu, aku duk gila simpan kad topup. Dari tahun 2004 sampai la tahun 2007 macam tu la kot. Banyak gila kad aku simpan. Semalam aku duk godek2 kotak lama2, tetiba nampak la khazanah lama2 aku tu. Kad topup, tiket wayang, yang paling tak tahan, resit yuran masa masuk form 6 skejap dulu pun ade lagi. Wahahaha...

Jom tengok kad topup zaman dulu macam mana....

Saki baki kad topup yang tinggal. Dah banyak buang sebab malas nak wat balik.


Bila musim bola, kuar kad topup bola macam ni...


Time musim filem Sembilu 2005


Ni pulak time promo cite2 omputih, X-Men, Star Wars... Pasukan bola malaysia pun ada....
Pasukan bola Selangor, merah kuning... Tapi aku tak de la excited nk pilih kad. Yang mana orang kedai tu kasi, aku amik je...


Ini kad dulu2, RM50, Rm30... Kad pun besar je kan nak dibandingkan dengan kad topup sekarang....


Ini lak Maxis dan Celcom RM10


Makin lama, makin kecik kad nye....


Itu la sedikit sebanyak hobi buang duit dan buang masa aku zaman muda2 dulu... Kad topup sekarang aku dah tak simpan. Malas. Lagipun senang tulis dalam buku tu je. Malas nak gores2 dan menang tu.... So, sampai la masanya aku rasa nak buang semuanya. Ma aku pun dah bebel. 

Babai kad topup!!!


Sunday 22 April 2012

SEMBANG KOSONG : 1

Dah lama tak updated blog. Laptop tak sihat. Dan terpaksa dihantar ke klinik. Dah 2 minggu kot. Sunyi sepi la idup ni tanpa laptop. kalau tak memang tak rehat la laptop tu duk on. Kalau tak online pun duk layan running man. Sekarang, haaaa hambik kauu....

Sekarang pun tengah merehatkan diri. Pinjam laptop adik jap sementara dia xde guna. Tak tau nak updated ape sekarang ni. Saja nak membasahkan laman blog yang kering kontang ni. 

p/s : see u soon...

Tuesday 10 April 2012

HAFAL DAN HAYATILAH

 
Dah berkurun tak updated blog. Bukan dah lupa tak masa tu tak ada. Tambahan pulak idea pulak kering sekeringnya tanah kat negeri pantai timur ni. Panas. So, nak kongsi sedikit apa yang dapat sepanjang minggu ni...


Surah yang wajib kita baca tiap2 hari sebanyak 17 kali sehari. Tapi mungkin ramai yang tak tahu maksudnya. Mungkin tahu tapi lupa. Mungkin langsung tak tahu. Dan mungkin jugak tak pernah nak ambik tahu. Atau pernah baca tapi tak hafal.

Tahukah anda, baca alfatihah sambil menghayati maksudnya adalah sangat menakjubkan. Sebelum ni, saya dikategorikan sebagai pernah baca tapi tak hafal. Tapi sejak hafal 2, 3 hari lepas, alhamdulillah, setiap kali solat, akan dihayati setiap ayatnya.

Kesannya, cubalah! Lebih tenang...

Sunday 1 April 2012

EQBAL ZACK FAN PAGE CELEBRATION GIVEAWAY

 
Dalam banyak2 blogger, blogger ni la yang selalu sangat buat Give Away (tp aku selalu tak dapat la) hahaha... Tak kisah la dapat ke tak dapat. Tapi yang pasti dia sangat2 tak kedekut. Ni bukan entry nk bodek ok. Ikhlas... 

Kata orang, kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Maksudnya kat sini, jangan tamak dan jangan pentingkan diri sendiri aje. Blogger yang pernah dapat macam2 award aku rasa, EQBAL ZACK, lagi skali nak bagi GA. Fan Page Celebration Giveaway...

Memang aku tabik spring la kat blogger ni. Humble. Dr to be. Tapi tak tau nak cakap ape. Respect gila lah... Actually ada benda nak tanya kat Abang Eq ni, tapi nanti2 lah. Juz nk mintak pendapat. 

So, hadiah2 GA nya adalah berupa :
DKNY Be Delicious (7ml) x 3
DKNY Golden Delicious (7ml) x 1
CK One (15 ml) x 1
MONT BLANC Legend (4.5ml) x 1
CHROME AZZARO (7ml) x 1


Best kan?? Walaupun aku tak tau apekebenda benda2 ni, tapi nak jugak!! Hahaha... Kalau dia tak cakap, konpem terpikirkan macam2. Tapi bila dah cakap, tau la itu adalah perfume!! Sape gila perfume boleh la cuba nasib....
Caranya mudah... KLIK SINI!!

Then sila 'LIKE' fanpage Eqbal Zack kat sini KLIK SINI

p/s : my idol!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...