Monday, 18 March 2013

TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Hye!! 2013 Tahun Melawat Terengganu....
Sempena Tahun Melawat Terengganu ni, ade 2 orang sahabat baik aku kat UUM dulu yg berasal dari Selangor nak datang jalan2 kat negeri warisan pesisir air ni.... Kedatangan mereka sangat2 lah dialu2 kan...  So time tahun baru cina aritu diorang datang selama 2 hari sahaja. Sekejap aje rasanya... Huhuhu...

Masih tak puas jalan2, makan angin, berhuha2, bercerita2 dan sebagainya. Oleh kerana aku kesuntukan masa so dengan bantuan BFF aku, Leenda, dapat jugak bawak Eton ngan Anis jalan2 di sekitar bandar Kuala Terengganu ni. 







Hope tak serik datang Terengganu ye!!

Tata!

Sunday, 17 March 2013

APAM POLKADOT TEMPAHAN

 
 
MENGAMBIL TEMPAHAN APAM POLKADOT
INCLUDING POSTAGE!!!!
WITHOUT FILLING :
RM35 = 100 biji (dot biasa, strawberry,ladybird,angrybird)
WITH FILLING :
RM40 = 100 biji (dot biasa, strawberry)
RM45 = 100 biji (ladybird/angrybird)
'BORANG TEMPAHAN POLKADOT'
DI SEBELAH
p/s : untuk pertanyaan boleh sms kepada 013-9987681
-harga boleh dirunding-

Monday, 5 November 2012

TERENGGANU ASSESSMENT CENTER 2012

Pada 3 & 4 November 2012, aku kena pegi Terengganu Assessment Center (TAC) selama 2 hari 1 malam bertempat di Sumai Suite Hotel, Batu Buruk Terengganu. Program ni ala2 PAC untuk pengambilan jawatan PTD tapi TAC untuk Pegawai Tadbir Negeri (PTN Gred N41) under State. 500 calon terpanggil untuk masuk TAC selepas lulus ujian Exam bulan Mei haritu seramai 1800 orang. Dan aku salah seorangnya. 

So aku nak kongsilah pengalaman aku ke sana. Ikutkan hati memang tak nak pergi sebab dan tau pesaingan dan kemampuan diri. Fresh graduate, tak pernah bekerja, tak ada pengalaman, macam mana  nak pangku jawatan tu. Jadi aku pegi untuk amik pengalaman dan dengan niat untuk bersuka2. Tak nak stress. 

Macam biasa, sesi pendaftaran dan taklimat pagi tu. Dapat no giliran, then kena ambik gambar dekat bilik pendaftaran. Tak tau motif apa. Ada 6 aktiviti, setiap aktiviti kita dibahagikan kumpulan berlainan. So kena salin aktiviti 1 kumpulan no berapa sampai la aktiviti 6. Time pendaftaran juga aku diberi tajuk untuk public speaking.

Macam biasa lah, selalu sangat dapat angka giliran no.1

Aktiviti 1
Group aku 11 orang. Panel ada 2 orang. Aktiviti santai aje, 3 soalan kuiz. Tapi susah jugak la. Kena sambung2 titik, kena kreatif, kena kreatif dan kreatif. Ada group kena bincang. Tapi group aku individu. Siap kena hantar. 

Aktiviti 2
Pun 11 orang. Kami diberi tugasan untuk buat mesyuarat. Masing2 diberi jawatan besar macam YB Jabatan Kewangan Negeri, Pegawai Daerah dan macam2. Kena diskus pasal meeting perasmian Tasik Kenyir. So masing2 kena berlakon la konon2. Kena pandai kasi pendapat dan hujah2. Pastu lunch dan check in.

check in! satu apartment 7 orang. ada 4 bilik. sebilik 2 orang

Aktiviti 3
Group 11 orang juga. Diberi 3 tajuk untuk bincang dalam kumpulan. Tajuk kami pilih Semangat Patriotism kalangan muda semakin terhakis. Time ni semua orang excited kasi pendapat masing2. Suara kena kuat. Panel 3 orang. 

Aktiviti 4
Ini ujian fizikal. Kami naik bas ke Stadium Sultan Zainal Abidin untuk berlari sejauh 2.4 km. Masa diambil. Keliling tasik, yang jauh gile! puh macam lebih 2.4 aje gayanya. Sampai kat penamat, masuk group dan kena berpoco-poco, kena menari dalam muzik rancak dan kena bergelek lagu hindustan. Time ni panel pun amik markah tengok penglibatan. So, joget ajela, Have fun! Balik makan malam then bersiap untuk aktiviti 5.

Aktiviti 5 (slot 1 & 2)
Slot 1 - Perbincangan dalam bahasa inggeris. Diberi task dalam BI, kena diskus untuk cari siapakah orangnya.. Ala2 detektif Conan la. 
Slot 2 - Ini dalam BM. Sama jugak macam tadi tapi kes lain2. Ekceli dua2 perbincangan tak ada jawapan tapi cuma nak tengok macam mana perbincangan. Mengarut pun tak apa asalkan kena kasi pendapat. Then habis sesi, prepaire untuk public speaking dan pengucapan awam pulak esoknya.

Aktiviti 6 (slot 1 & 2)
Slot 1 - Public Speaking. Tajuk dah diberi semasa pendaftran. Tajuk aku 'HEALTH'. Kena present selama 3 minit. Time ni group combine. Selalu group 10/11 orang dicombine jadi 40 orang. Panel 7 orang. Dan biasalah sebagai calon pemegang no.1 aku kena present 1st lah! Gugup beb!
Slot 2 - Pengucapan awam. Tajuk diberi 3minit sebelum present. Habis 3 minit masa prepare kena present selama 3 minit jugak. Tajuk aku cabut ialah 'Terengganu kuasa sukan negara' semua orang tajuk lain2 dan kena tau banyak pasal general. Dan gugup sangat2!

Pendapat aku secara keseluruhan.
- Peluang tipis. Sebab majority calon sangat berpengalaman. Semuanya dah ada kerjaya sendiri. Pegawai, engineer, pensyarah, lawyer dan macam2 la. Dengar diorang kasi pendapat pun dan confident gile! Dan berapa kerat sangat la yang muda2 macam aku ni (muda ke??) So, aku tak berharap sangat. Kalau ada rezeki, ada lah. Tapi memang best jugak join program ni. Banyak pengalaman. 

Tuesday, 23 October 2012

PERSOALAN TENTANG APAM POLKADOT


SOALAN YANG SERING DITANYA : 

Macam mana nak buat apam polkadot comel?
Kena la buat betul2 ikut resipi.

Macam mana nak buat apam tak berlubang-lubang?
Jangan mix bahan2 apam terlalu lama. Selepas masukkan bahan2, mix sehingga adunan kembang dalam 10 minit. Bila pukul terlalu lama, adunan masuk angin dan menyebabkan apam berlubang2. Kalau ada gelembung udara sebelum dikukus, pecahkan dengan menggunakan lidi pencungkil gigi.

Macam mana nak buat apam polkadot kulitnya licin?
Masa mengukus sila balut tudung pengukut dengan kain. Saya gunakan tudung yang dah tak pakai. Balut macam hantu pocong. Bila balut, air yang terwap yang melekat kat tudung tak jatuh terus pada apam. Bila air wap jatuh atas apam, ini menyebabkan apam tak lawa langsung, basah dan tak naik.

Macam mana nak hilangkan bau hanyir telor pada apam?
Sila gunakan esen vanillah mengikut sukatan. Boleh juga jika menggunakan esen rose atau perisa kegemaran.

Sekian sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...