Tuesday 23 October 2012

PERSOALAN TENTANG APAM POLKADOT


SOALAN YANG SERING DITANYA : 

Macam mana nak buat apam polkadot comel?
Kena la buat betul2 ikut resipi.

Macam mana nak buat apam tak berlubang-lubang?
Jangan mix bahan2 apam terlalu lama. Selepas masukkan bahan2, mix sehingga adunan kembang dalam 10 minit. Bila pukul terlalu lama, adunan masuk angin dan menyebabkan apam berlubang2. Kalau ada gelembung udara sebelum dikukus, pecahkan dengan menggunakan lidi pencungkil gigi.

Macam mana nak buat apam polkadot kulitnya licin?
Masa mengukus sila balut tudung pengukut dengan kain. Saya gunakan tudung yang dah tak pakai. Balut macam hantu pocong. Bila balut, air yang terwap yang melekat kat tudung tak jatuh terus pada apam. Bila air wap jatuh atas apam, ini menyebabkan apam tak lawa langsung, basah dan tak naik.

Macam mana nak hilangkan bau hanyir telor pada apam?
Sila gunakan esen vanillah mengikut sukatan. Boleh juga jika menggunakan esen rose atau perisa kegemaran.

Sekian sahaja. 

Saturday 13 October 2012

KONVOKESYEN UUM - 25


Lama gila tak updated blog! Ni pun nak updated pasal convocation pada 6 Oktober 2012. Sangat rindu jumpa kawan2, kolej, kampus, bandar Jitra dan sumenya... 5 hari duk Kedah, sangat best, dapat rempit nek motor pi sana sini, nek bas ke pekan Jitra beli kasut konvo, dan macam2 lagi. Datang awal ke UUM sebab nak amik jubah. 3 hari lepas tu baru family datang untuk majlis.

Antara gambar2 yang disnap. Ramai geng2 dah tak ada sebab dah konvo tahun lepas. Yang ada pun bizi dengan family masing2 kesana kemari. So, snap mana yang sempat aje la. Nak cepat sebab nak pulangkan jubah pulak. Esoknya pulang ke Terengganu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...