Tuesday 23 October 2012

PERSOALAN TENTANG APAM POLKADOT


SOALAN YANG SERING DITANYA : 

Macam mana nak buat apam polkadot comel?
Kena la buat betul2 ikut resipi.

Macam mana nak buat apam tak berlubang-lubang?
Jangan mix bahan2 apam terlalu lama. Selepas masukkan bahan2, mix sehingga adunan kembang dalam 10 minit. Bila pukul terlalu lama, adunan masuk angin dan menyebabkan apam berlubang2. Kalau ada gelembung udara sebelum dikukus, pecahkan dengan menggunakan lidi pencungkil gigi.

Macam mana nak buat apam polkadot kulitnya licin?
Masa mengukus sila balut tudung pengukut dengan kain. Saya gunakan tudung yang dah tak pakai. Balut macam hantu pocong. Bila balut, air yang terwap yang melekat kat tudung tak jatuh terus pada apam. Bila air wap jatuh atas apam, ini menyebabkan apam tak lawa langsung, basah dan tak naik.

Macam mana nak hilangkan bau hanyir telor pada apam?
Sila gunakan esen vanillah mengikut sukatan. Boleh juga jika menggunakan esen rose atau perisa kegemaran.

Sekian sahaja. 

0 komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...