Monday 27 February 2012

APAM DOREMON YANG MENAKUTKAN!!

 

Petang semalam cubaan kali pertama buat apam polkadot version DOREMON... Malangnya langsung tak jadi... Hahahaha... Xtau apa masalah... Kena buat lagi test kali kedua ni. Sebab nampak senang je. Tapi mak aiiihhhhh!!!! Cerewet jugak... Sebab pertama rasanya sebab hitam punya kaler tu tertebuk lubang besar. So jadi comot skit la... Lepas ni kena tebuk kecik aje la lubang dia... Kasi dia punya design smooth skit nk lukis...

Meh tengok macam mana teruknya rupa dia...


 
see... buruk gile... NOBITA pun takmo kawan kalo mcm ni kan.... huhuhu
mata hilang!!!

































 sekor aje yang ada mana... yang lain ,mata xtau kemana



wajah asal nak lukis cmni laaaa....


p/s : pasni kena cuba lagi... doremon dan tweety bird... Ekekekeke...



Sunday 26 February 2012

DAPAT SMS BESDAY DARI MENTERI

 

Ehem... Alhamdulillah hari ni genap la umur aku yang ke 2+ tahun. Hehehehe... Tua dah rupanya aku ni kan. Tapi pangai masih tak berubah. Entah le... Bile la nak mature kan. Tepat pada tarikh 26 February 198+ pada pukul 10.40 pm maka lahirlah aku. 

Thanks pada kawan2 yang wish macam2 kat FB. Terharu. Semalam dapat pulak mesej dari Menteri Belia & Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek wish birthday kat aku... Ehehehe... Terkejut jugak la....

Tak caya?? Bukti tu ada... Haaaa.... Jangan jeles.....


p/s : kau adeeee???

 

Saturday 25 February 2012

MELANTAK WITH BFF

 
Beberapa hari lepas aku ngan BFF (Leenda) gi makan. Leenda teringin pulak nak makan spagethi. Duk cari punya cari, memang tak ada tempat lain melainkan kat Secret Recipe. Lantok aje leeee... Selalunya kalo gi Secret Recipe tak de menda lain aku berkenan, mesti lasagna. Tapi sekarang ni teringin nk cuba laksa kat sana. Nampak sedap kan...

lasagna beef


spagethi meatball


 black forest


Haaaa sedap makan kan.... Sedapla jugak membayarnye.... 
Hahahahaha... Sekali sekali... Dua kali dua kala... Tiga kali tiga kala....


p/s : try buat spagethi sendiri, tapi tak jadi... huhuhu...



Thursday 23 February 2012

CARA NAK DESIGN APAM ANGRYBIRD

 

Macam mana nak decorate apam polkadot angrybird???? Haaa... Senang aje... Meh sini nak ajar... Resipi dia tau? Emmm... Jom semak!!!

Resipi :
- 3 bijik telor (saya guna apa2 jenis gred yg ada) pastikan telor yg diambil dlm peti sejuk.
- 1 sudu kecik Ovellate.
- 220 gram gula (diblend halus)
- Esen vanilla ( boleh letak apa2 perisa kalau nak)
- 275 gram tepung gandum
- 3 sudu kecik baking powder
- 200 gram ( secawan susu cair/susu segar)
- pewarna yang sepatutnya...

Caranya : 
- Mix telor sehingga kembang. Dalam 10 minit. 
- Masukkan ovallete. Mix lagi hingga kembang.
- Masukkan gula. Mix lagi hingga kembang.
- Masukkan esen. Teruskan mix.
- Masukkan tepung+baking powder. selang selikan dengan susu cair. 
- Mix sehingga adunan nampak smooth dan licin..
- Asingkan ikut warna!!

Macam mana nak design apam angrybird...

1. Tuangkan main acuan dalam papercup


2. kaler kan acuan putih pada bahagian bawah
dan buatkan mata dia. rapatkan mata.


3. Buatkan paruh


4. Buatkan bijik mata hitam...

5. Lastly, keningnya.... Pastikan kening rapat pada mata...


 

Nak decorate apam Ladybird pulak? KLIK SINI

SELAMAT MENCUBA!!!


Wednesday 22 February 2012

ADA APA DENGAN HEADER BLOG KU

 

Tertarik dengan segmen Mak Dara... Dan mungkin jugak ada yang tertanya2 kenapa blog ni nama Dabel A?? Tokey kertas Dabel A ke?? Haaaa... Semuanya berkaitan dengan header tu kan... So, izinkan saya menterjemahkan maksud yang tersirat ni....


Kenapa Dabel A...

Alkisahnya... Kalau tengok pada 'About Me' berbunyi :
Dabelaa? Dabel? 'Double A' la sayang.. Why Dabel Aa? Nama aku 2 patah perkataan. Patah pertama ada 4 'A'. Patah kedua ada 2 'A'. Semua sekali ada 6 'A'. Kau punyer nama ada brape 'A'? Double A for Aainaa
Header ni rekaan sendiri. Buat sendiri tengok tutorial. Walaupun agak buruk, tapi berpuas hati lah dengan hasil tangan sendiri kan. Idea kenapa nak buat header 'Dabel Aa' sebab berkaitan dengan nama saya sendiri iaitu Aainaa. Nape banyak A?? Entah, saya pun tak tau. Hahahaha... Menurut my abah, ada ustaz kat sekolah dia ngajar dulu yang cadangkan nama ni. Tapi ustaz tu dah arwah. Al- Fatihah.

Maksud header tu, Dabel for 'Double' Aa. Huruf 'a' yang nak terjatuh tu, mungkin sepatutnya tak perlu banyak sangat 'a'. Cukup la satu 'a' kan. Tapi, walau dah diketuk dengan batu pun, dia tak nak jatuh jugak. So, memang kena 'Aa'. Sebab itu lah saya kan...

Tapi... 

Walau berapa banyak 'A' sekalipun, itu tetap 'aku punyer belog'... Sangat berharga umpama cincin berlian yang ada kat bawah tu. Padahal create blog free je kan? Hahahaha... Tapi tak pa la, saya sangat menghargai blog saya dan sangat berbangga dengan nama sendiri walaupun banyak 'a'...

Sekarang sedang berfikir2 nak design header baru. Tapi tetap dengan nama Dabel Aa... Ingat nak pakai yang flash, tapi mahal nak tempah. Emmm, tapi nak cuba buat sendiri. Kot la boleh. Tak cuba, tak tau kan... Kalau buat sendiri, kita jadi hargai apa yang kita buat. Betul tak??

p/s : dramaqueen betol kalau bab mengarang ni. padahal masa buat header, main buat je. takde nak pikir maksud2 pun... Hahahahahaha!!!

Sekian,

Terima Kasih!!


 

APAM ANGRYBIRD KALERFULL

 

Tempahan apam angrybird dari Kak Abby untuk anaknya... Nak angrybird kalerfull... Jeng jeng jeng.... Buat lewat malam semalam, dan packing. Dah pos pukul 11 pagi tadi... Hope esok sempat sampai....


baru siap dikukus


 sedang packing


siap!!! memandangkan sy juz ada bekas yg kecik2... 
so jadi la 3 bekas


p/s : thanks too Kak Abby... Hope berpuas hati....

Ada sapa berminat nak tempah? Boleh isi form kat bawah blog ni... Tenkiu!!


Monday 20 February 2012

BLOG BEST KORANG PATUT TENGOK!!

 

Saya ada suka satu blog ni. Tiap2 hari saya bukak blog tu. Saya dah letak dia kat bloglist. Blog tu wajib saya jenguk setiap hari.

Semalam, dari pagi saya tengok blog tu tak berupdate... Tengahari pun belum... Petang, tak ada jugak... Malam... Hurmm... Masih belum... Dah lewat malam pun belum... Kenapa??? Padahal blog tu hari2 berupdated!!


Saja bertanya khabar... Dan tuan punya blog memang tak sombong... Baekkk punya!!! Dan pada pendapat saya, blog ni patut femes!! Pemiliknya sangat sporting...

see, uncle tempek nama aku kat blog dia... Hehehehehe!!!

Kalau tak caya blog dia best, boleh terjah sendiri....


p/s : Nampak pembaharuan tak kat blog ni? Haaa... Banyak dah tukar2. Design template sume tukar sendiri. Belajar kat tutorial. Adeh!! Susah dan sangat penat okey... 
 

Thursday 16 February 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Kenapa mahukan blog dikritik?

Sebab, kita tak nampak apa yang tak kena pada blog sendiri. Melainkan ada yang tegur tentang blog kita. Mungkin ada kesilapan or kesalahan berblog yang kita dah buat dan tak perasan benda tu. So, sila la tegur kalau ada apa yang tak kena pada blog ni....

p/s : sila la kritik... and i will kritik2 your blog jugak... ekekekeke...

ANGRYBIRD KALAH PERANG!!!




p/s : See my angrybird.... Pecah... Separuh habis pecah... 1st time buat jadi mcm ni. Tatau kenapa... Nak kata api kuat sangat, dah mcm biasa. semua macam biasa... Kenapa apam polkadot boleh pecah???

Wednesday 15 February 2012

ROJAK AYAM a.k.a ROJAK CLEAN


Assalamualaikum...

Petang semalam my abah beli 'Rojak Ayam'. Atau nama panggilan kat Tganu ni ialah 'Rojak Clean'. Rupa dia seakan2 pasembor kat Penang tu ha. Tapi lain skit ar kan. Lebih kurang. Ada mee kuning, ada ayam, telor, timun, salad,kuah kacang and lain2 yang tak tau nama.

RojakClean?? Hahahaha... Ekceli pronounce dia 'Rojak Keling'.

Uii jangan salah paham. Bukan isu sensitif ni okey. Kami kat tganu panggil 'Rojak Keling'. Sebab maybe dulu2 kaum india yang jual rojak ayam ni. Kat sini panggil kaum india dengan nama 'keling'. Bukan nak timbulkan isu sensitif tapi dulu2 kami mana la tau maksud 'keling' tu apa. Sekarang bila dah kecoh kontroversi pasal isu tu, sekarang baru kami faham.

Nak tau maksud KELING? KLIK SINI banyak yang kita tak tau pasal maksud dia kan...





rojak ayam


Teringat kisah pakcik aku, kontroversi pasal 'Rojak Keling'.

Suatu hari (dah lama la) dia ke kedai makan. Nak order rojak ayam ni. Sampai sana, pekerja India datang amik order.

'Order bang.....'

'Rojak Keling satu!!' tanpa niat nak menimbulkan isu. 

'Rojak Keling xdakk.. Rojak babi ada!!!' dengan marahnya

My pakcik terkejut. Blur. Xpaham nape dia marah sampai macam tu sekali... Terus balik bodo je. Lama2 bila timbul isu tu baru dia teringat... Patut la kena marah... Hahahaha.... Kesian pakcik aku tu kan... Inesen. Salah paham. huhuhu..


Tuesday 14 February 2012

APAM STRAWBERRY YANG COMEL

Assalamualaikum...

Semalam buat polkadot lagi. Tapi kali ni try design baru pulak. Dulu dot dot biasa, sekarang apa pun boleh jadi. Ladybird, angrybird, silap2 doremon pun ada gak nanti kan... Tapi semalam buat strawberry punya... Not bad....


kalau letak inti strawberry or blueberry konpem best gile....
tapi malas nk pi beli filling sbb buat juz nk kasi abang aku wt balik KL
makan dlm kete...



ini setelah di packing...
3 packing ni, 100 bijik for RM 25 without filling
+ RM 6 for postage...


Ada member offer untuk wedding nak 10,000 bijik (sepuluh ribu) erkkk!!! pengsan aku nak buat macam ni.... Terpaksa tolak sebab tak ade kudrat nak buat. Kalau 1000 boleh la ini 10 kali ganda... Meletop dapur gas aku kang... Hahaha... Then ada member sorang lagi nak mintak 2000 bijik untuk wedding jugak. Tapi terpaksa tolak sebab tarikh tu sedang busy abang nak kawin... Melepasss... Hope ada lagi...


Sekian,

Terima Kasih


PEMENANG 'Best Lifestyle Blog of The Year 2012 FOLLOW BLOG AKU!!!


Assalamualaikum....

Tadi online tengok blog, followers semakin meningkat. Dek sebab join segmen BEN ASHAARI 2 hari lepas. Langkah pertama untuk maju kedepan. Huhuhu... Sesaja join, bosan. Tetiba terkejut besar, bila tengok followers tambah lagi sorang.... Memula 44, pastu tetiba 45... Aikkk...

Tengok2.......

Erkkkk!!!! Macam tak caya pulak kannn... Pemenang " Best Lifestyle Blog of The Year 2012" sempena Malaysia Social Media Week (MSMW)-World Bloggers and Media Social Award 2012 datang ke blog aku ni dan memfollow... Huhuhu sangat2 tak sangka hokey.... Terkejut....

Sapa?? ... Haaaa...



Tahniah buat Eqbalzack, berjaya dapatkan award tuh. Bukan senang tu nak dapat. Semoga suksesss sokmooo dalam apa jua bidang. Seorang lelaki yang perfect, he got everything! huhuhu... Bertuah badan....

And,

Terima kasih bebanyak sebab sudi singgah ke blog buruk ni haaa  lainkali ada masa singgah la lagi ye.... Huhuhu... 



Sekian,
Terima Kasih!

Monday 13 February 2012

ROTI JALA SIMPLE


Assalamualaikum...

Petang semalam buat kali ke 5, 6, 7 kot aku buat lagi roti jalan atau namanya pukat buruk... Dengan kuah kari...

ini la rupa dia... roti jala or pukat buruk


makan bersama kuah kari.... kari apa...emmmm


Jom kongsi resipi :

Untuk roti jala :

  • Dua cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 3 sudu minyak masak
  • 4 sudu susu cair/segar (optional)
  • Sebijik telor
  • Garam secubit

** Campurkan semua bahan... Kacau rata. Untuk mengelakkan acuan roti jalan tersumbat, tapis adunan sebelum di 'jala' atas kuali....

** if bekas acuan roti jala xde, boleh amik tin susu kosong, tebuk dalam 5 lubang jarak2. Ceduk adunan, then boleh 'menjala' sesuka hati.... Hahahaha


Untuk kuah kari : ( kuah simple juz utk mkn dgn roti jala)

  • Bawang kisar + halia 2cm
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih (sikit2 je)
  • Cili boh
  • Serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Santan
  • Kentang (optional)
  • Ayam ( Optional)
  • Daging (optional)

** Tumiskan bawang + halia, dalam 2 minit masukkan kulit kayu manis, buah pelaha, bunga lawang, cengkih.

** Bila dah naik bau, masukkan cili boh, tumis sekejap, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit dan daun kari.

** Bila dah naik bau kari, masukkan air dalam stengah cawan. If ada kentang or ayam, or daging, boleh letak.

** Masukkan santan dan kacau skejap. 
** Bila dh mendidih, masukkan gula, garam secukup rasa. 


BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU



  • Kenapa kamu, kamu, dan kamu patut baca blog aku?
Haaaa.... Sebab aku ni masih baru dalam dunia belog ni. Baru nak berjinak2 dalam dunia blogging... Bak kata orang sementara masa masih ada. Sementara masih berkesempatan. Kadang2 aku tengok dunia blogging ni, mereka2 tak berapa nak baca entry orang yang 'ntah sapa2' kecuali entry 'entah apa2' dari kenamaan. So, tak patut la macam tu kan. So, apa pun, harap blog yang baru saja beranak ni dapat jadi ibu kepada entry2 yang soleh dan solehah suatu hari nanti...

  • Entry menarik untuk membuktikan yang blog aku ni menarik... hurmmm
Macam yang aku cakap la, blog ni masih baru. Entry pun masih mentah. Tiada lagi yang menarik... Tapi kasi aje la kan link... KLIK SINI


Sekian, 

Terima Kasih.


Saturday 11 February 2012

POLKADOT


Lagi tempahan polkadot malam semalam... Tempahan mengejut.

 oren pink



 Pink biru



biru pink



packing kecik2. 
plastik bungkus ikut citarasa customer.



 

Thursday 9 February 2012

JALAN2 MUZIUM PADI, ALOR STAR


Assalamualaikum....

Walaupun dah lama sebenarnya aku pegi kat sini ziarah buat kali terakhir la kot ke Muzium Padi, Alor Setar, Kedah. Lepas ni tak de deeee la aku nak pegi lagi. Nak buat apa ntah kan... Ini pun bila tengok balik aku pun tak sangka kitorang boleh pegi tempat macam ni. Hahahaha... Agak lawak la kan takde keje nak pegi melawat Muzium Padi. Melainkan la aku ni xpenah tengok padi. Tapi saja jalan2 makan angin kebetulan Eton datang Uum.

Aku baru aje usha2 folder pic. Nampak pic2 ni teringin pulak nak cerita2. Kot la ada yang berkenan nak pegi melawat macam kitorang buat ni. Kitorang gerak pagi. Siap beli nasi lemak tepi jalan, makan dalam kete siap! Best kot... Bukan best nasi lemak, ekceli best makan jemaah kalut2 dalam kete. 

Memula tu sesat gak la, sampai hujung jalan. Last2 tanya pakcik tu. Sesampai aje muzium, takde la ramai mana. Kat luar tu ade la kete 3, 4 buah. Tu pun diorang dah nak balik. Kitorang pusing sekitar Muzium Padi tu dulu sebab nak cari toilet!

pic 1st diamik disekitar muzium. sementara tggu eton ke toilet
cantik pokoknye... bak kata rumateku fayad.

tingkat atas muzium. ada bilik tayangan. tapi sayangnya time tu rosak pulak! so xleh la duk atas kusi gerak2 pusing2 tu. jalan2 pusing sendiri aje la gamaknye... Kat belakang tu kawasan sekitar muzium yang dilukis.macam real!!



dengan eton. Belakang tu tempat simpan padi kot... Xpasti..


Pondok belakang tu selalu ada kat sawah padi. Untuk pesawah nak rehat2. Makan2.

Pondok ni pulak.... Bape banyak pondok daaaaaaaaa......



'beras ni banyak jenis fayad.....'
'eh, beras ke padi kak?'
'entah la... nasik kot....'



'bekas ni utk ape kak....?'
'ini mesin dulu2 untuk org tumbuk2 beras kasi kulit dia tanggal...'
'beras ke padi kak....?'
'entah la.....nasik kot....'



Ye cuuu....... Nak beli beras bape kilo????
Ekekekeke...


p/s : tak rugi gak masuk muzium ni. kena bayar ke? entah lupa la. cuma camera tu kena beli tag. satu camera satu tag. tag tu dalam rm2.50 kot... tak sure... dah lupe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...