Saturday 31 March 2012

DIALOG ORANG KITA : DANA BANTUAN

 

















MOTIVASI : BILL GATES PERNAH BERKATA...

 

 

Thursday 29 March 2012

RESIPI : DONAT PELANGI

 
Petang semalam mendonat. Dah lama tak buat donat so buat lah. Hehehe... Nak menvariasikan donat, aku buat Donat Pelangi. Kelebihan Donat Pelangi ni ialah nampak meriah dan kurang manis. Elok untuk semua lapisan masyarakat. Hehehe... 



Jom semak resipi... Simple aje

Bahan2 :
  • 1/2 kg tepung
  • 1/2 paket yis (mauripan)
  • 6 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • secawan air
  • pewarna
Caranya:
  1. Larutkan gula dan garam dalam air
  2. Gaulkan yis dalam tepung sehingga rata.
  3. Masukkan minyak, gaul lagi.
  4. Masukkan telur dan gaul lagi.
  5. Kemudian masukkan air, gaul sebati (boleh tambah atau kurangkan)
  6. Gaul sehingga adunan tak melekat pada bekas adunan.
  7. Asingkan adunan kepada 3 bahagian utk warna.
  8. Biarkan adunan rehat dalam 15-20 minit (tunggu dia kembang)
  9. Uli balik dan masukkan warna. Satu bahagian satu warna.
  10. Campurkan adunan berwarna sekaligus uli dan boleh tekap.
p/s : resipi simple!! boleh makan dengan jem atau boleh salut dengan coklat!!

Wednesday 28 March 2012

BURUKNYA HEADER BLOG KAU!!!

 
Ada satu pepatah mengatakan bahawa... 'Design is a voice of strategy....'  Maka aku pun mula la melakarkan strategy2 aku untuk menghilangkan rasa menyampah yaaa amat pada header aku ni. Nak upah tak memadai. So, reka2 la sendiri....

Tapi aku berani kerat jari, mesti tak de sape berani cakap 'Buruknya header blog kau!!' kan? Buruk mana pun header blog tu, mesti orang kata 'Cantik!!!! Cute....' Ceh... Nyampah betol la. Hahaha... Ape salahnya komen yang membina... Kalau tak cantik, cakap je tak cantik. Kan senang. Tak payah kumpul2 dosa.

Header pertama digunakan...


Pastu duk reka2 dapat yang ni pulak



Pastu reka2 lagi jadi yang ni


Semalam pulun buat dapat yang ni. Tapi macam tak ok je... Baiki lagi


Sekarang terhasil la yang ni... Ok ke??

p/s : pening dah pikir... xtau lah macam mana orang yang buat header lawa2 tu fikir mcm mana. maklum lah otak aku ni tak la kreatif. macam mana? ok ke? haaa jangan nak kumpul2 dosa ok... cakap je jujur. aku tak marah pun...


10 WARNING TUAN RUMAH KEPADA TETAMU

 
Aku sejenis manusia yang sangat tak suka pergi umah orang. Maksud aku, nak pegi umah orang saja2 tanpa tujuan. Nak dengar gosip, nak dengar cerita2, nak dengar berita atau ape. Aku akan pegi kalau ada tujuan macam raya ke, kenduri (kadang2), yang selainnya mintak maaf.

Kalau setakat nak pegi tadah telinga untuk dengar gosip, atau nak tanya gosip, atau nak jaga tepi kain orang, mintak hampun la... Memang tak. Kat hostel dulu pun, Poli ke, UUM ke, jarang sekali la aku melekat kat bilik kawan2. Duk pun skejap tak panas punggung kata orang. Sebab aku tau, rumah orang or bilik orang adalah privacy. Masing2 ada benda nak buat.


TIPS NAK PEGI UMAH ORANG :

1. Jangan datang waktu tengahari, time orang nak masak utk laki2 nak balik makan lunch. Time tu nak start masak time tu la nak datang. Datang skejap2 boleh la jugak. Ini habis cerita keluar..

2. Jangan datang waktu orang balik2 kerja. Kalau kebetulan lalu depan umah skalipun, stakat umah satu negeri je pun, xyah la nak datang umah orang time tu. Laki2 dah balik kerja, penat, nak makan2. Alih2 orang datang. Kalau ada benda penting ok la jugak. Ni setakat saje2 je, tak payah laa...

3. Jangan datang tanpa call terlebih dulu. Kalau boleh call la dulu. Yela duk umah pakai baju cikai2. Kain paling nipis tu la nak dipakai. Selesa. Bila orang datang mengejut jenuh nak cepat2 tukar baju. Time tu mula la cuak kasi salam orang tak keluar2 ye?? Padan muka!!

4. Kalau pegi umah orang secara mengejut, jangan la rajin sangat nak merayap segenap rumah. Sampai ke bilik pun korang nak jenguk2. Haihhh... Duk je la kat ruang tamu tu. Rehat2. Jalan jauh kannnn. Tak payah la rajin2 pegi dapur ke ape. Tunggu je la kami hantarkan air. Bukan ape, dah datang mengejut, time tu la nak jerang air, nak kuarkan kerepek2 keropok2 biskut2. Dah masuk dapur jugak mana masa nak buat air, nak layan sembang lagi....

5. Kalau pergi umah orang, kalau bawak anak kecik tu tolong jaga sikit ye. Nak bising tak pe, tapi kalau dah main lompat2 atas sofa orang,  tu apekehei... Tolong la cubit2 skit. Takkan nak tuan umah pulak yang cubit kan. Kalau setakat nak larang 'Along... Duk diammm...' baik tak payah! Budak2 benda yang kita larang tu la dia nak buat. So, pandai beranak, sila pandai jaga anak.

6. Kalau datang umah orang, kalau boleh JANGAN MEROKOK!! Kalau tuan umah merokok pun, kalau boleh jangan lah... Sabar la balik dulu dalam kete baru nak isap pun. 6o kotak pun tak pe. Sekiranya tuan rumah TAK MEROKOK!! Jangan mandai2 nak isap! Pantang betul aku. Satu hal pulak kena kuarkan bekas habuk rokok!! 

7. Pegi umah orang jangan demand2. 'Jangan buat teh, kami tak minum teh. Kami minum milo aissssss...tabur' Memanggggg..... Selalu orang buat teh, kopi. Kalau semua tak minum takpe la jugak. Kalau sorang tak minum teh, sorang tak minum milo, sorang tak minum kopi. Ape ingat umah aku ni warung kopi ke ape? Lainkali bawak bekal!!

8. Kalau bawak baby pegi umah orang, kalau nak tukar pampers, sila buang pampers yang dah dikapai dalam tong sampah!! Almaklum umah aku tak ada bibik. Kalau umah ada bibik pun, bukan kerja bibik tu nak buangkan pampers anak kau penuh dengan taik tu. Jangan nak ngade2 simpan pampers bertaik tu dalam toilet.

9. Kalau pegi umah orang, jangan nak rajin2 tolong basuh2 pinggan dalam sinki. Biarkan aje tuan rumah yang basuh. Sebab tindakan anda membuatkan tuan rumah tak selesa! 'Macam la rumah aku ni sepah sangat nk basuh2...' Seee??? Pas minum kalau nak balik, balik je. Jangan nak tunjuk rajin sangat laaa..

10. Kalau datang umah orang. Kasi salam. Kalau salam belum bersambut, jangan gatal2 nak intai2 tuan rumah ikut tingkap!! Duk je depan pintu tu tunggu. Ini tak, habis keliling rumah duk tawaf... Siap intai2 lagi. Ape ingat rumah aku ni kebun sayur nak intai2???

p/s : ha, ada paham??? Bukan tak suka orang datang, aku sukeee sangat orang datang sebab aku ni tak suke pegi umah orang. so, kalau dah datang tu, akan dilayan sebaiknya. cuma jangan buat la apa yang disebutkan kat atas. Bukan aku je, majority pun berpendapat yang sama. Eh, ke aku je yang macam ni... Komen???

Tuesday 27 March 2012

LELONG : PERFUME VICTORIA SECRET

 
Ada sesiapa berminat dengan perfume VICTORIA SECRET? Original punya. Diterbangkan dari US. Hehehehe... Tamak haloba beli banyak2 pastu tatau nak buat ape. Kalau ada berminat boleh bagitau okey...

SECRET CRAVING
Bau dia macam blackcurrant
250ml

VANILLA LACE
 Bau dia macam vanilla
250ml

SOLD OUT
AMBER ROMANCE
 Bau dia macam lembut2
250ml

SOLD OUT
STRAWBERRIES & CHAMPAGNE
 Bau dia macam champagne strawbery
250ml

Harga : RM 50 sebotol termasuk kos pos. 
Kandungan 250 ml setiap botol. 
Original punya. 
If beli lebih, boleh kasi diskaun. 
Sapa berminat??





BUNGA DARI KAIN LANGSIR

 
Ini kain langsir my Ma jahit. Ada la lebih dalam setengah meter.
Aku potong bulat2 macam ni dalam 36 pieces.


Siap di gubah2. Kaler tak menyerlah.. Kalau warna merah mesti best!!


Monday 26 March 2012

RESIPI : KERABU BUAH TOMATO SIMPLE

 

Ini aku taktau orang panggil ape, tapi aku panggil kerabu tomato. Aku buat semalam. Sedap. Kalau korang bakar ikan ke, pari ke, panggang ikan ke, panggang pari ke, boleh cicah dengan kerabu tomato ni. Boleh gantikan kerabu tomato ni dengan air asam. Ada yang tak boleh makan air asam sebab air asam taruk belacan kan???? So, boleh gantikan dengan benda ni. 

Khasiatnya lebih baik dari air asam. Sebab air asam pakai cuka kan? belacan? so tak berapa nak elok sangat la. Ini 100% buah tomato. Rasanya pun masam macam air asam. Lagi sedap dari air asam...

Resipi :
  • 3 biji tomato merah
  • 1/2 bawang besar
  • 1 batang cili merah
  • 1 biji limau nipis ( besar punya, kalau kecik tambah)
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam
Caranya : 
  1. Potong dadu buah tomato (aku hancurkan dengan cawan.letak dalam besen tekan2 dengan mulut cawan). 
  2. Hiris bawang merah, cili.
  3. Campurkan dalam bekas tomato.
  4. Masukkan gula dan garam
  5. Perah juz limau nipis
  6. Kacau2 siap hidang!! 
p/s : cubalah!!! memang best!! masam2 skit, manis2 skit....

Sunday 25 March 2012

SWEET POTATO ALA2 KOREAN

 
Malam semalam keluar dengan my BFF, Leenda. Pegi ronda2 jalan2 then singgah kat A&W Pantai Batu Buruk (kat Ganu ada 1 je A&W ni). Bukan nak makan sangat pun tapi nak sembang2. Memandangkan kat fastfood n kedai2 makan lain ramai orang so A&W jadi pilihan sebab LENGANG!! Hahahaha...
My BFF, Leenda

Mcm mana la restoran ni nak maju, terkenal dengan Rootbeer float, tapi time ni aiskrim dah habis so float xde la. mcm mana la diorg plan bisnes?? xpaham aku....

Tapi tujuan utama aku kat sini ialah, nak memperkenalkan SWEET POTATO!!!



Penah tak tengok citer korean, My Girl, yang si heroin duk makan ubi dalam kete tu? Macam gini la ubi nyee... Ubi keledek jer, tapi dia masak macam Buah Berangan. Masak dengan bijik kopi. Cara masak aku tak tau la pulak. Tapi isinya sangat manis!

Jual dengan lori pick-up kecik tu. Kira ikut gram. 100 gram = RM1.80. Aku beli 3 ketul RM6.6. Huhuhu mahal la jugak. Tapi worth sebab sedap...

p/s :  edit template blog, pasan tak? header ngan ruangan komen dh kemas skit? huhuhu...

RAHSIA CORAK KULIT TEMBIKAI

 
Tembikai, timun cina... Korang kenalkan... Tapi ada tak sapa yang masih keliru or ragu2 dengan warna isinya tanpa potong terlebih dahulu? Means tengok kulit pun tau dah isinya kaler ape kan... Sapa?? Haaa...

Dan...

Sapa tau isinya dah betul2 masak atau kena biarkan dulu beberapa hari baru sedap dimakan??? Meh sini nak bagitau...

Pic kat atas ni, 2 bijik tembikai. Masing2 mempunyai warna isi yang berlainan. Satu kuning, satu merah. Haaa macam mana saya tau??? Kita tengok corak kulitnya. Cuba tengok perbezaan corak kulit antara keduanya....


coraknya terang... kan?? So, tembikai ni isinya KUNING!!!!

coraknya pudar... maka isinya adalah MERAH!!!

So, macam mana nak tau isinya dah ok atau belum sedap dimakan... Kita tengok pulak tangkainya... Perhatikan warna tangkai atau tapak tangkainya...

Tangkainya masih hijau... maka biarkan dulu dalam 2, 3 hari baru potong. 
konpem isinya lagi manis...


see, tangkai yang ni dah kecut, boleh potong dan makan terus!! konpem manis punye!!

p/s : petua dari penjual tembikai...

Saturday 24 March 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA

 


Yey!! Rupanya ada lagi rezeki aku kan. Walaupun dah setahun tinggalkan kampus, tapi sekarang ni aku masih lagi bergelar pelajar. Selagi belum konvo, selagi tu la kita digelar pelajar. Hehehe....

Beberapa minggu lepas, kawan aku ada mesej cakap yang aku ni masih layak dapat baucer buku 1Malaysia. So takkan aku nak ke Kedah semata2 nk ambik baucer tu. Kalau tak amik, rugi gak... RM200 tuuuuuu rembat novel boleh gak 10 buah. Haaaa.... So, aku mintak tolong kawan aku yang masih ada kat kolej. Then aku pos la kad matriks!!

Semalam aku ajak my BFF aku, Leenda pegi kutip2 la apa2 yang patut kat sana... Nak tau ape yang aku beli...

 semua skali RM212.40

Semua benda aku rembat, kertas dabel A 2 ring, kertas warna, kertas kajang 4 pack, riben2, gam, salotape siap amik bekas dia, everything!! Tapi tu semua yang adik2 aku punye la... Aku punya??? Haa tuuu riben2 dengan buku riben n buku gubahan.... Yang lain, takdakk!!

p/s : akhir bulan ni tamat tempoh tau... so sapa yang masih ada balance tu, cepat2 la habiskan... 


Friday 23 March 2012

JAMPI BUNGA BERTUKAR JADI DUIT

 

Hah? Kenapa?? Bunga bertukar menjadi duit?? Haaa??? Tak caya... Meh nak tunjuk...

ini adalah bunga mawar. aku petik tepat jam 12.33 tengah malam. dikala bulan mengambang penuh, di mana kat situ di asap2 kan dengan bauan kemenyan... then aku jampi2 tiup fuh!! fuh!! Tetiba....

Ting!!!!!!!!!!

Esoknya... Bangun pagi terus jadi macam ni...

Dasyat kan??

Hahaha... Ini adalah gubahan duit jadi bunga. Selalunya gubahan ni dibuat untuk duit mas kawin masa akad nikah. Mas kawin selalunya RM60, RM80 ikut negeri kan. Yang ni aku buat untuk majlis abang aku. Cantik takkk?? Hehehe... Ini saja2 aku buat dulu. Practise make perfect kata orang. Warm up dulu kan... Hahaha, lagipun banyak bahan xde lagi, dawai, salotape hijau pun tak beli lagi...

Gini la caranya... Proses membuat kelopak... Sepatutnya pakai dawai tapi xde dawai aku rembat penyepit rambut adik aku, sampai patah dibuatnye... Huhuhu...

Dah siap cantum2 then aku pacakkan kat tangkai bunga plastik. Haaa kira okey la tu menjadi gak sekuntum bunga duit. Nanti buat banyak2 lagi nampak cantik. Pastu gi kedai mintak suh diorang buat jambangan bunga. Dah boleh bawak pegi akad nikah... Kannn....

p/s : duit boleh gubah jadi bunga... tapi bunga boleh tak kita gubah2 pastu jadi duit?? ada tak??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...