Tuesday, 23 October 2012

PERSOALAN TENTANG APAM POLKADOT


SOALAN YANG SERING DITANYA : 

Macam mana nak buat apam polkadot comel?
Kena la buat betul2 ikut resipi.

Macam mana nak buat apam tak berlubang-lubang?
Jangan mix bahan2 apam terlalu lama. Selepas masukkan bahan2, mix sehingga adunan kembang dalam 10 minit. Bila pukul terlalu lama, adunan masuk angin dan menyebabkan apam berlubang2. Kalau ada gelembung udara sebelum dikukus, pecahkan dengan menggunakan lidi pencungkil gigi.

Macam mana nak buat apam polkadot kulitnya licin?
Masa mengukus sila balut tudung pengukut dengan kain. Saya gunakan tudung yang dah tak pakai. Balut macam hantu pocong. Bila balut, air yang terwap yang melekat kat tudung tak jatuh terus pada apam. Bila air wap jatuh atas apam, ini menyebabkan apam tak lawa langsung, basah dan tak naik.

Macam mana nak hilangkan bau hanyir telor pada apam?
Sila gunakan esen vanillah mengikut sukatan. Boleh juga jika menggunakan esen rose atau perisa kegemaran.

Sekian sahaja. 

Saturday, 13 October 2012

KONVOKESYEN UUM - 25


Lama gila tak updated blog! Ni pun nak updated pasal convocation pada 6 Oktober 2012. Sangat rindu jumpa kawan2, kolej, kampus, bandar Jitra dan sumenya... 5 hari duk Kedah, sangat best, dapat rempit nek motor pi sana sini, nek bas ke pekan Jitra beli kasut konvo, dan macam2 lagi. Datang awal ke UUM sebab nak amik jubah. 3 hari lepas tu baru family datang untuk majlis.

Antara gambar2 yang disnap. Ramai geng2 dah tak ada sebab dah konvo tahun lepas. Yang ada pun bizi dengan family masing2 kesana kemari. So, snap mana yang sempat aje la. Nak cepat sebab nak pulangkan jubah pulak. Esoknya pulang ke Terengganu...

Thursday, 14 June 2012

MAJLIS KENDURI KAHWIN ABANG SULUNGKU


Dah lama sangat tak updated blog. Maklumlah sibuk untuk kenduri abang hari tu. Sekarang sumenye dah selesai, cuma nak rehat2kan diri aje la. Dah banyak tenaga dihabiskan 2, 3 minggu sebelum, semasa dan selepas kenduri. 

So, tak ada apa cerita nak cakap, juz nak kongsi gambar sikit2 aje la yang mana ada....

Ni malam sebelum kenduri. Tetiba aje tiang letrik terbakar..
Semakin merebak walaupun pekerja TNB dah datang (tangga TNB)
Akhirnya terpaksa call bomba penyelamat untuk memadamkan kebakaran.
Malam kenduri bergotong-royong melapah daging lembu. Sanak sdara with kawan2 abah, dan abang.
Apam polkadot limited edition. 100 unit balang kaca akan disertakan dengan apam polkadot. Tak semua yang dapat, juz kawan2 pengantin yang datang dari jauh. Yang lain2 tak dapat :( apakan daya, tak sempat buat. Buat 500 bijik aje.
Time akad nikah, 1 June 2012. Dengan sekali lafaz sahaja. Selamat dah jadi suami orang.
Selamat Pengantin Baru.
Majlis bersanding di rumah pengantin perempuan.
Majlis sambut menantu kat rumah aku. Pelamin simple2 aje. 

Setakat ini je lah gambar2 yang dapat dikongsikan dengan readers... Sangat penat sebab majlis pertama abang sulung, so kerah tenaga teramat sangat la.... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)

p/s : aku bile lagi? carikan lah sorang!!!

Monday, 7 May 2012

RESIPI : TEMPE SAYUR CAMPUR



Bahan :

- Tempe (dipotong2, gaul dgn garam n kunyit, goreng )
- Carrot
- Brokoli atau kobis bunga
- Kobis
- Tomato (potong besar2)
- Sos tiram, kicap, gula, garam, perasa, cuka

Cara:

- Tumis bawang putih & merah. Bila naik bau, masukkan sayuran. 
- Masukkan campuran sos tiram, kicap dan sebagainya. Masukkan satu sudu cuka masakan.
- Goreng sekejap. Tutup api dan masukkan tempe dan tomato.
- Hidang

p/s : poyo kan aku kasi resipi menda simple macam ni..... hahaha saje!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...