Monday, 30 April 2012

KISAH ZAMAN MUDA : KUMPUL KAD TOPUP


Setiap orang mesti ada koleksi benda2 yang diorang suka kumpul. Macam tu lah jugak aku. Dah rupa karangan sekolah rendah la pulak... Hahahaha... Dulu masa sekolah rendah aku suka kumpul setem. Time tu zaman surat menyurat dengan kawan duk jauh2. So, banyak la jugak setem aku dapat. Beli buku setem kecik, dah penuh dah. Pastu bila jemu, biarkan macam tu aje.

Masuk sekolah menengah, duk asrama. Gila kumpul kad phone. Alah yang guna public pakai kad. Orang len pakai syiling, aku lak gila advanced duk beli kad phone. Bukan ape, senang. Public kat asrama syiling cepat penuh, so xley guna syiling aku guna la kad. Tepun family aje pun. Dah berpuluh2 kad simpan. Macam2 corak. Tapi sayang, terlupa mana letak. Mungkin dah terbuang kot.

Then after form 5, masuk form 6 skejap time tu tahun 2004 baru lah aku start pakai henpon. Time tu henpon Nokia 3315 je. Beli lak simkad. Simkad waktu tu mahal gile, RM50/60 satu sim. Topup plak takde RM3, RM5, RM10. Paling sikit RM30. Tapi pelik bin hairan, boleh la pulak aku topup  RM30 ye. Kalau sekarang RM10 pun rasa macam byk dah. RM30 mintak maap la. 

So bermula dari topup mentopup tu, aku duk gila simpan kad topup. Dari tahun 2004 sampai la tahun 2007 macam tu la kot. Banyak gila kad aku simpan. Semalam aku duk godek2 kotak lama2, tetiba nampak la khazanah lama2 aku tu. Kad topup, tiket wayang, yang paling tak tahan, resit yuran masa masuk form 6 skejap dulu pun ade lagi. Wahahaha...

Jom tengok kad topup zaman dulu macam mana....

Saki baki kad topup yang tinggal. Dah banyak buang sebab malas nak wat balik.


Bila musim bola, kuar kad topup bola macam ni...


Time musim filem Sembilu 2005


Ni pulak time promo cite2 omputih, X-Men, Star Wars... Pasukan bola malaysia pun ada....
Pasukan bola Selangor, merah kuning... Tapi aku tak de la excited nk pilih kad. Yang mana orang kedai tu kasi, aku amik je...


Ini kad dulu2, RM50, Rm30... Kad pun besar je kan nak dibandingkan dengan kad topup sekarang....


Ini lak Maxis dan Celcom RM10


Makin lama, makin kecik kad nye....


Itu la sedikit sebanyak hobi buang duit dan buang masa aku zaman muda2 dulu... Kad topup sekarang aku dah tak simpan. Malas. Lagipun senang tulis dalam buku tu je. Malas nak gores2 dan menang tu.... So, sampai la masanya aku rasa nak buang semuanya. Ma aku pun dah bebel. 

Babai kad topup!!!


12 komen-komen:

lieynanilaz said...

akak bila dah top up terus buang...haha.

jemarisuri said...

cute jugak kan top up dulu2 skrg dh takde dh...hehe

AdilaAzmir™ said...

hobi yg menarik. hee skrg sume kecik kecik je sbb nak bajet. yg bg kertas tuh lg lah bajet sgt. hahaha

AdilaAzmir™ said...

hobi yg menarik. hee skrg sume kecik kecik je sbb nak bajet. yg bg kertas tuh lg lah bajet sgt. hahaha

Cik Nur said...

dulu selalulah simpan.tapi sekarang tak dah, yg lama pun xtahu kemana perginya...

Melati Qistyna's Mummy said...

Rajinnya kumpul, akak topup on9 jek, :)

Cik Pengat Pisang said...

wah..rajinnye kumpul.sy punye kad topup dulu, tah hilang ke mana.

eh awk, thanx for ur help kat http://sipengatpisang.blogspot.com/2012/03/perlu-pertolongan.html

appreciate it so much :)

little^^ wave said...

salam. nak beli kad topup tu bley x? sy pengumpul kad topup. klu nak tukar2 pun bley gak.tq

nor ismail mohd zain said...

Salam saya pun kumpul kad topup jugak . sy minat kad X-Pax gambar mummy dlm keranda tu. boleh jual kat say. tq

zani ibrahim said...

Salam..sy mmg minat sgt kumpul kadphone lame..ad byk gak koleksi kad yg sy kumpul..mcm2 ada...klu minat bole reply sy...k

zani ibrahim said...

Salam..sy mmg minat sgt kumpul kadphone lame..ad byk gak koleksi kad yg sy kumpul..mcm2 ada...klu minat bole reply sy...k

zani ibrahim said...

Salam..sy pon byk kad phone lama ..byk sgt2...nk kongsi sesape yg minat..bole reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...