Tuesday, 7 February 2012

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Tadi bangun pagi, dengar riuh renda budak2 berselawat... Owh, budak2 sekolah rendah area2 sini buat perarakan Sambutan Maulidur Rasul... Teringin la jugak nak tengok. Nak kenang2 balik zaman aku berarak dulu... Dah dekat 14 tahun dah la x berarak. Last darjah 6 dulu. 

Pakai baju raya. Comey2 belaka. Berarak dari sekolah ke Masjid depan rumah aku ni. Dalam 1 kilometer je. Sambutan tu okey, cuma tak meriah macam aku dulu2 la. Cikgu2 dia macam ala kadar sangat2. Bukan la nak kutuk cikgu, tapi alang2 buat, kasi ar orang2 kampung ni bukak mata sikit.... 'ooooo bagus cikgu2 sekolah anak2 aku ni....' Maklum la, majority budak2 kampung sini sekolah kat sekolah situ.

Meh kita usha gambar2 yang sempat curik2 snap. Malu nak keluar amik. Kang kata 'mamarazzi' pulak...
Budak2 laki sampai dulu. Kena tunggu 'gegirls' nak berarak sesama. Sambil tunggu sambil berselawat. Bagus. Cuma yang duk ulang selawat 2 rangkap je. Budak2 pun macam bosan, ade duk jerit2, cikgu2 duk sembang sambil amik gambar kat sepanduk. 

Aku dulu dik, dari semalam lagi cikgu duk edar kertas A4 dari A sampai Z nak bermaulud sambil jalan esoknya. Sambil berarak pun pegang kertas. Sampai lunyai dek basah peluh. Cikgu2 memang the best! Maulud sama2. Bawak pembesar suara, guide budak2 and nak kasi meriah. Bawak sepanduk, bawak bunga manggar.

Dalam 10 minit, baru la gegirls sampai. Jalan 2 line. Berarak berterabur. Sepatutnya cikgu2 kena guide dari awal. Tapi besa la, bebudak. 

Akak dulu dik, jalan kaki berarak dalam 5 kilometer gak la kot. Berarak tepi jalan besar pulak tuh! Siap naik gajah lagi nak berarak! Dalam 2 km baru masuk jalan kampung. Tapi cikgu2 sentiasa guide. Cikgu ada dimana2. Persiapan perfect! Yelaaa, pasal gajah tu aku tipu je...

Bila dah sampai semua, baru bergerak. Masjid tu..... Warna putih tu. Dalam 50 meter, tapi saja amik jalan jaooohh... Ekekekeke...

Sampai masjid, ada la aktiviti kat sana. Boleh dengar sebiijik2 kat umah aku ni. Tapi, dengar macam pening gak la kepala ustaz duk wat announcement. Hahahaha... Adeh... 

Walaupun sambutan macam tak ada preparation sangat, tapi okey la. Duk dalam kelas sokmo, ngadap buku sokmo, bosan weh.... Sekali sekala bawak bebudak kuar jalan okey hape... Walopon majority memang duk kampung ni, buat2 la 'peghak' skettt....

6 komen-komen:

Dr Hafiz said...

Tahniah, dah ada blog.. Salam perkenalan dari saya dan selamat berblogging...

LegendOfPersia said...

salam persaudaraan..tahniah mugo2 terus maju sokmo..

Aina Darwisyah said...

nie dkt kawasan mne..tau x nie sekolah ape..

ku-cit said...

slamat beblog

Zamani said...

Zam datang blogwalking kat sini :) jemput singgah ke blog :)

Dabel Aa said...

Dr. Hafiz : thanks!! salam perkenalan jugak...

LegendOfPersia : InsyaAllah

Aina : area kuala terengganu ^_^ sekolah area umah saya

ku-cit : thanks

zamani : dtg la lagi hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...