Monday, 13 February 2012

ROTI JALA SIMPLE


Assalamualaikum...

Petang semalam buat kali ke 5, 6, 7 kot aku buat lagi roti jalan atau namanya pukat buruk... Dengan kuah kari...

ini la rupa dia... roti jala or pukat buruk


makan bersama kuah kari.... kari apa...emmmm


Jom kongsi resipi :

Untuk roti jala :

  • Dua cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 3 sudu minyak masak
  • 4 sudu susu cair/segar (optional)
  • Sebijik telor
  • Garam secubit

** Campurkan semua bahan... Kacau rata. Untuk mengelakkan acuan roti jalan tersumbat, tapis adunan sebelum di 'jala' atas kuali....

** if bekas acuan roti jala xde, boleh amik tin susu kosong, tebuk dalam 5 lubang jarak2. Ceduk adunan, then boleh 'menjala' sesuka hati.... Hahahaha


Untuk kuah kari : ( kuah simple juz utk mkn dgn roti jala)

  • Bawang kisar + halia 2cm
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih (sikit2 je)
  • Cili boh
  • Serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Santan
  • Kentang (optional)
  • Ayam ( Optional)
  • Daging (optional)

** Tumiskan bawang + halia, dalam 2 minit masukkan kulit kayu manis, buah pelaha, bunga lawang, cengkih.

** Bila dah naik bau, masukkan cili boh, tumis sekejap, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit dan daun kari.

** Bila dah naik bau kari, masukkan air dalam stengah cawan. If ada kentang or ayam, or daging, boleh letak.

** Masukkan santan dan kacau skejap. 
** Bila dh mendidih, masukkan gula, garam secukup rasa. 


6 komen-komen:

kakchik@ella said...

Senyum sorang2 KC baca entry ni dik. Kenangan betul la roti jala ni. Masa KC remaja dulu, mak KC jual roti jala panas2.

So, KC tukang buat bancuhan. 2 kg sekali bancuh dik. Nostalgia sungguh!!

fiQ'Ra said...

nyum.. nak buat lah.. tak pernah lagi cuba buat roti jala..hehe

Dabel Aa said...

kak chik : 2 kiloo????? pehhhh.... sy buat 2 cawan ni dh lenguh kaki berdiri kak...huhuhuhuhuhuhu


fiqra : try la...soooo simple!

hamzah ian said...

meleleh air liur.. lama tak mkn.. huhuhu

Dabel Aa said...

@hamzah ian

mejah dtg komen blog dabel Aa????????????

-gedek! said...

uncle beli je lah....

buat nanti jadi lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...