Wednesday, 28 March 2012

10 WARNING TUAN RUMAH KEPADA TETAMU

 
Aku sejenis manusia yang sangat tak suka pergi umah orang. Maksud aku, nak pegi umah orang saja2 tanpa tujuan. Nak dengar gosip, nak dengar cerita2, nak dengar berita atau ape. Aku akan pegi kalau ada tujuan macam raya ke, kenduri (kadang2), yang selainnya mintak maaf.

Kalau setakat nak pegi tadah telinga untuk dengar gosip, atau nak tanya gosip, atau nak jaga tepi kain orang, mintak hampun la... Memang tak. Kat hostel dulu pun, Poli ke, UUM ke, jarang sekali la aku melekat kat bilik kawan2. Duk pun skejap tak panas punggung kata orang. Sebab aku tau, rumah orang or bilik orang adalah privacy. Masing2 ada benda nak buat.


TIPS NAK PEGI UMAH ORANG :

1. Jangan datang waktu tengahari, time orang nak masak utk laki2 nak balik makan lunch. Time tu nak start masak time tu la nak datang. Datang skejap2 boleh la jugak. Ini habis cerita keluar..

2. Jangan datang waktu orang balik2 kerja. Kalau kebetulan lalu depan umah skalipun, stakat umah satu negeri je pun, xyah la nak datang umah orang time tu. Laki2 dah balik kerja, penat, nak makan2. Alih2 orang datang. Kalau ada benda penting ok la jugak. Ni setakat saje2 je, tak payah laa...

3. Jangan datang tanpa call terlebih dulu. Kalau boleh call la dulu. Yela duk umah pakai baju cikai2. Kain paling nipis tu la nak dipakai. Selesa. Bila orang datang mengejut jenuh nak cepat2 tukar baju. Time tu mula la cuak kasi salam orang tak keluar2 ye?? Padan muka!!

4. Kalau pegi umah orang secara mengejut, jangan la rajin sangat nak merayap segenap rumah. Sampai ke bilik pun korang nak jenguk2. Haihhh... Duk je la kat ruang tamu tu. Rehat2. Jalan jauh kannnn. Tak payah la rajin2 pegi dapur ke ape. Tunggu je la kami hantarkan air. Bukan ape, dah datang mengejut, time tu la nak jerang air, nak kuarkan kerepek2 keropok2 biskut2. Dah masuk dapur jugak mana masa nak buat air, nak layan sembang lagi....

5. Kalau pergi umah orang, kalau bawak anak kecik tu tolong jaga sikit ye. Nak bising tak pe, tapi kalau dah main lompat2 atas sofa orang,  tu apekehei... Tolong la cubit2 skit. Takkan nak tuan umah pulak yang cubit kan. Kalau setakat nak larang 'Along... Duk diammm...' baik tak payah! Budak2 benda yang kita larang tu la dia nak buat. So, pandai beranak, sila pandai jaga anak.

6. Kalau datang umah orang, kalau boleh JANGAN MEROKOK!! Kalau tuan umah merokok pun, kalau boleh jangan lah... Sabar la balik dulu dalam kete baru nak isap pun. 6o kotak pun tak pe. Sekiranya tuan rumah TAK MEROKOK!! Jangan mandai2 nak isap! Pantang betul aku. Satu hal pulak kena kuarkan bekas habuk rokok!! 

7. Pegi umah orang jangan demand2. 'Jangan buat teh, kami tak minum teh. Kami minum milo aissssss...tabur' Memanggggg..... Selalu orang buat teh, kopi. Kalau semua tak minum takpe la jugak. Kalau sorang tak minum teh, sorang tak minum milo, sorang tak minum kopi. Ape ingat umah aku ni warung kopi ke ape? Lainkali bawak bekal!!

8. Kalau bawak baby pegi umah orang, kalau nak tukar pampers, sila buang pampers yang dah dikapai dalam tong sampah!! Almaklum umah aku tak ada bibik. Kalau umah ada bibik pun, bukan kerja bibik tu nak buangkan pampers anak kau penuh dengan taik tu. Jangan nak ngade2 simpan pampers bertaik tu dalam toilet.

9. Kalau pegi umah orang, jangan nak rajin2 tolong basuh2 pinggan dalam sinki. Biarkan aje tuan rumah yang basuh. Sebab tindakan anda membuatkan tuan rumah tak selesa! 'Macam la rumah aku ni sepah sangat nk basuh2...' Seee??? Pas minum kalau nak balik, balik je. Jangan nak tunjuk rajin sangat laaa..

10. Kalau datang umah orang. Kasi salam. Kalau salam belum bersambut, jangan gatal2 nak intai2 tuan rumah ikut tingkap!! Duk je depan pintu tu tunggu. Ini tak, habis keliling rumah duk tawaf... Siap intai2 lagi. Ape ingat rumah aku ni kebun sayur nak intai2???

p/s : ha, ada paham??? Bukan tak suka orang datang, aku sukeee sangat orang datang sebab aku ni tak suke pegi umah orang. so, kalau dah datang tu, akan dilayan sebaiknya. cuma jangan buat la apa yang disebutkan kat atas. Bukan aku je, majority pun berpendapat yang sama. Eh, ke aku je yang macam ni... Komen???

5 komen-komen:

bicara mak dara said...

samalah dgn mak.. memang segan kalau nak ke rumah orang kalau tanpa tujuan.. kalau ada yang penting penting sangat dan tak boleh ckp melalui telefon ke baru lah pegi hehe

are_lin@yu said...

sory2 baru follow sblm ni trsilap tknik tk rti folow..hehe

NuZuL HaiRi said...

nice sharing :)

~::Chenta::~ said...

Chenta suka duduk rumah!!

Melati Qistyna's Mummy said...

Betul2... Tersangat la betul, tiada yg tidak betul, melainkan betul belaka... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...