Wednesday, 14 March 2012

RESIPI : KEK SHIFON PELANGI HARI JADI ADIK

 
Selamat Hari Lahir Muhammad Zikri Zaidan
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Hari ni harijadi adik bongsu aku, Zikri. Yang ke 14 tahun. Semalam dah belanja nasi kerabu special. Ini pagi aku buatkan Kek Shifon Pelangi. Pagi dia gi main futsal, balik tu kek dah siap. First time aku try buat. Hurm, jadi la jugak. Simple! Amik masa satu jam aje nak siap... Ingat nak buat kek biasa, tapi resipi tu sume kena ada mentega. Mentega kat umah dah habis. So cari resipi yang tak ada mentega....


Bahan2 :
Bahan A
  • 6 kuning telur
  • 4 sudu minyak masak
  • 60ml susu cair/ stengah tin
  • 1/2 sudu kecik esen vanilla
  • 50 gram gula kastor
  • 110 gram tepung naik sendiri / tepung biasa dan campur satu sudu kecik baking powder
Bahan B
  • 6 putih telur
  • 100 gram gula kastor
  • 1/4 sudu cream of tartar 
  • pewarna
Cara2 :
  1. Untuk bahan B, masukkan putih telur dan gula kastor, pukul hingga berbuih dan kembang. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul lagi hingga betul2 kembang.
  2. Dalam bekas lain, masukkan bahan2 A dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan campuran bahan A kedalam bekas campuran bahan B, kacau hingga sebati.
  4. Bahagikan acuan mengikut warna, tuang la sesuka hati...
  5. Bakar selama 30 minit...
p/s : aku tak de la mahir sangat buat kek2 or makanan ni sume. tapi aku cuba. bila menjadi baru aku kongsikan resipi ikut cara aku sendiri. kadang2 resipi yang aku ikut tu cara dia agak rumit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...