Thursday, 29 March 2012

RESIPI : DONAT PELANGI

 
Petang semalam mendonat. Dah lama tak buat donat so buat lah. Hehehe... Nak menvariasikan donat, aku buat Donat Pelangi. Kelebihan Donat Pelangi ni ialah nampak meriah dan kurang manis. Elok untuk semua lapisan masyarakat. Hehehe... 



Jom semak resipi... Simple aje

Bahan2 :
  • 1/2 kg tepung
  • 1/2 paket yis (mauripan)
  • 6 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • secawan air
  • pewarna
Caranya:
  1. Larutkan gula dan garam dalam air
  2. Gaulkan yis dalam tepung sehingga rata.
  3. Masukkan minyak, gaul lagi.
  4. Masukkan telur dan gaul lagi.
  5. Kemudian masukkan air, gaul sebati (boleh tambah atau kurangkan)
  6. Gaul sehingga adunan tak melekat pada bekas adunan.
  7. Asingkan adunan kepada 3 bahagian utk warna.
  8. Biarkan adunan rehat dalam 15-20 minit (tunggu dia kembang)
  9. Uli balik dan masukkan warna. Satu bahagian satu warna.
  10. Campurkan adunan berwarna sekaligus uli dan boleh tekap.
p/s : resipi simple!! boleh makan dengan jem atau boleh salut dengan coklat!!

4 komen-komen:

NuZuL HaiRi said...

nmpk sdp neh. huhu

Cik Nur said...

wah...donat pun dah pelangi dah skrang ni..canggih..!

Melati Qistyna's Mummy said...

Akak nak 2/3 gelung..... :D

jemarisuri said...

awak htr la kt akak seketul...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...