Friday 16 March 2012

SEKSA TAHAN KENCING

Sekarang berada di  area2 Kajang. Cuaca panas terik. Perjalanan semalam selama 7 jam. Sangat2 penat. Satu pengalaman yang baru dialami. Hahaha. Memalukan. Sebelum ni selalu ulang alik dari Terengganu-Ipoh, Ipoh- Terengganu selama 3 tahun coz dulu study kat Politeknik Ungku Omar, then ulang alik pulak dari Terengganu-Kedah, Kedah-Terengganu pun sebab further study kat Universiti Utara Malaysia selama 3 tahun, tak pernah pulak jadi macam ni.

9.15 pm :
Gerak ke Stesen Bas Kuala Terengganu. Dah buang air siap2 kat rumah

10.00 pm :
Bas mula bertolak.

10.30 pm :
Bas berhenti isi minyak. Mula terasa nak buang air. Tapi malas nak layan. Ingatkan perasaan sendiri aje

11.30 pm : 
Bas berhenti di Dungun. Rasa nak terkencing tu makin tinggi. Tapi takot nk turun buang air sebab penumpang yg naik kat Dungun tak ramai. Lagipun tak tau toilet kat mana.

12.30 am : 
Selalunya lepas sejam bas bergerak aku dah lena diulit mimpi. Memang dah tido. Tapi disebabkan perasaan nak terkencing tu, aku tak dapat tido. Takot termimpi pegi kencing. Hahaha susah pulak kang terkencing dalam bas.

Dungun - Paka - Kerteh - Kemaman - Naik highway gambang....

Ternanti2 bila nak sampai hentian Gambang. Ingatkan dah masuk tol tu sume dah hampir nk sampai. 2 jam selepas tu.....

2.00 am : 
Berhenti di hentian Gambang. Aduhhhh berlari aku ke toilet. Dah masuk toilet tu siap cubit pipi ingatkan mimpi jumpa toilet. Hahahaha... Bayangkan 4 jam lebih tahan kencing. Bukan tak kencing tapi nak terkencing tapi duk tahannn....


2.45 am :
Bas mula bergerak... Baru dapat tido lena sepuas-puasnya...

5.30 am :
Tiba di Hentian Kajang sebelum tu berhenti di Hentian Putra.

Sekarang berehat2 santai dirumah bakal kakak ipar. Dah lunch nasi goreng buatan sendiri. Esok bermulalah operasi menghabiskan duit. Malam ni tatau lagi operasi ape pulak. Sambil2 nak shopping barang2 utk majlis kahwin abang, nak jugak beli barang2 yang dh lama di 'aim'. Tungguuuuu...


2 komen-komen:

Melati Qistyna's Mummy said...

Selamat supin2 kempiskan purse... Heheheeh

eLL said...

tak elok tahan kencing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...