Saturday 17 March 2012

RESIPI APAM POLKADOT : CARA HILANGKAN BAU HANYIR TELOR

 
Nak kongsi sikit resipi apam polkadot. Ada orang tanya macam mana nak hilangkan bau hanyir apam. Kenapa apam bau hanyir? Apam ni hanyir sebab kita gunakan telor. Bau hanyir telur kadang2 ada kadang2 tak ada. Macam mana nak hilangkan? Okey.

Soalan :Nak hilangkan bau hanyir telur 
Jawapan : Memandangkan kita gunakan 3 biji telur, so cara nak hilangkan dengan menggunakan sedikit esen vanilla. Esen vanilla dapat hilangkan hanyir telur dalam buat kek, apam dan sebagainya. Kuih raya pun. Kalau nak rasa pisang, boleh letak esen pisang or sebagainya. Sukatan? Selalunya satu penutup or satu sudu teh sahaja. Kalau banyak sangat, rasanya jadi lain. Tak sedap. Okey?
 
Resipi :
- 3 bijik telor (saya guna apa2 jenis gred yg ada) pastikan telor yg diambil dlm peti sejuk.
- 1 sudu kecik Ovellate.
- 220 gram gula (diblend halus)
- Esen vanilla ( boleh letak apa2 perisa kalau nak)
- 275 gram tepung gandum
- 3 sudu kecik baking powder
- 200 gram ( secawan susu cair/susu segar)
- pewarna yang sepatutnya...

Caranya : 
- Mix telor sehingga kembang. Dalam 10 minit. 
- Masukkan ovallete. Mix lagi hingga ovallete betul2 hancur dan rata.
- Masukkan gula. Mix lagi hingga kembang.
- Masukkan esen. Teruskan mix.
- Masukkan tepung+baking powder. Selang selikan dengan susu cair. 
- Mix sehingga adunan nampak smooth dan licin..
- Asingkan ikut warna!!

Cara nak design apam ANGRYBIRD klik sini
Cara nak design apam LADYBIRD klik sini 


2 komen-komen:

Miss N™ said...

bila tgk apam tu, rasa sayang nak mkn..sebab cantikk,.!

Anonymous said...

suka mkan tp tak pandai nk buat...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...