Sunday, 11 March 2012

RESIPI : LAKSA UTARA

 
Buat laksa utara buat kali keduanya. Sangat berpuas hati. Hehehe. Aritu ada orang cakap laksa penang dengan laksa utara ni lain skit. Laksa penang dia punya kuah macam kuah asam pedas skit eh? Laksa utara kuah dia tak semasam kuah laksa penang? Entah laaa... Tapi sejak duk belah2 utara dah 6 tahun ni, aku sangat2 taksub dengan laksa utara ni...


Resipi yang sangat mudah...

Kuah Laksa Utara : Untuk sepeket laksa
  • Ikan selayang dalam 7, 8 ekor
  • 3 labu bawang besar (sederhana besar)**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 6,7 cili api (tambah jika suka pedas)**
  • 3 sudu boh (jika guna cili kering dlm 12 tangkai)**
  • 10 keping asam gelugur
  • 3 tangkai bunga kantan
  • 2 tangkai daun kesum
  • Sedikit belacan
  • Kisar bahan bertanda ** 
  • Bahan ulaman : timun, salad, bawang, cili api, limau kasturi, nanas, telur rebus.
Cara membuat :
  1. Panaskan air dalam periuk mengikut anggaran kuah. Masukkan ikan, 5 keping asam gelugur, dan 2 sudu teh garam. Rebus sekejap.
  2. Dalam 10 minit, keluarkan ikan. Asingkan isi dan tulang. Isi ikan di blend. Tulang2 ikan diblend dan tapis airnya...
  3. Masukkan bahan yang dikisar **
  4. Masukkan isi ikan yang telah diblend.
  5. Masukkan air tapisan tulang ikan.
  6. Masukkan bunga kantan yang dipotong 4.
  7. Masukkan lagi 5 keping asam gelugur.
  8. Masukkan belacan.
  9. Biarkan sehingga mendidih dan rasa. Jika kurang masin tambah garam. Jika kurang masam, tambah asam gelugur.
  10. Masukkan daun kesum.
Siap untuk dihidangkan... Selamat menjamu selera.... 

p/s : jom tengok2 kasut Jane Holli dari Hong Kong.. Ada diskaun 80%.. KLIK SINI

3 komen-komen:

Dak Fisha said...

uwahh. sedap nye. nanti nak soh ibu fisha try wat la. salu wat laksa penang jer. nice entry. jemput la ke blog fisha yer. http://coretandakfisha.blogspot.com/

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhhhhhhh lamanya tak makan laksaaaaa huhuhu

Melati Qistyna's Mummy said...

Fav kami skluarga tu, tp bg akak sm je rsnya, utara ke Penang ke...heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...