Wednesday, 21 March 2012

HARI PERTAMA : NILAI 3

 
Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik ke rumah abang aku kat Kajang selama 4 hari. Tujuan utama pergi sana bukan nak jalan2 aje, tapi nak pegi beli barang2 untuk majlis kenduri kawin abang sulung aku insyaAllah bulan 6 nanti.

Memandangkan aku ni belum kerja, maka tugas aku lah nak buat segala gubahan hantaran. Reti ke? Boleh la kalau huduh2 tu. Hahaha. Setakat ni dah 3 org pakcik n makcik2 aku kawin, semua gubahan hantaran tu aku dengan adik2 aku yang duk reka2. Boleh la nak jimat bajet. Kalau upah mahal kot. Kali ni dua2 belah pihak aku yang kena gubah. Belah pompuan tak ada sapa nak gubah... 

So, kami ke Nilai 3 pada hari Sabtu. Pergi kereta kosong, balik kereta penuh!! Lupa pulak nk snap pic. Sampaikan aku dengan my Ma duk berhempet2 kat belakang. Beli dulang hantaran, bunga2, gabus, kain lace, botol kaca cenderahati, langsir, bekas telor, goodies bag, dan macam2 lagi... Barang kat sana murah. Tapi dalam murah pun, habis banyak jugak la kat sana.

Ini barang2 yang aku angkut dari bas pagi tadi. Semua ada 8 kotak termasuk 2 beg baju tu ha. Yang nampak ni baru 4, ada lagi satu beg guni besar dengan plastik isi bunga2 untuk gubahan. 

p/s : 1st time nk buat kenduri kawin, mcm excited gile la pulak...

3 komen-komen:

are_lin@yu said...

ayu pun suka g nilai..barang kt sana bnyk..hehe..suka bli tudung sbb murah..;-)

Melati Qistyna's Mummy said...

Nanti jgn lupa tayang2 gubahan ye :D

Eera Shera said...

kat nilai 3 mcm2 ade kn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...