Petang semalam sambil2 minum petang, tertengok TV3. Kartun ATASHINCI. Orang kata tengok kartun tak salah. Cuma kadang2 kebanyakan kartun tak banyak kebaikan. Banyak sangat khayalannye kan. Tapi tadi tengok memang boleh tabik spring la... Kartun ATASHINCI ni kartun Jepun, tapi dialih bahasa kepada bahasa melayu.
atashinci
Yang aku tengok tadi kesnya ada 2budak pompuan ni sembang2 tentang penggunaan bahasa 'LANCANG'. Yang sorang kata 'mulut lancang' atau 'mulut lantang' haaaa... Kat situ aku pun terpikir2 pulak. Lancang ke lantang. Then ada pulak cakap, 'lancang' tu bukan ke kapal?? Haaa.... Budak kartun tu duk tanya sana sini, tapi masih tak ada jawapan.
Gurl 1 : Lantangnya mulut dia....
Gurl 2 : Eh, lantang ke lancang? Bukan ke bermulut lancang?
Gurl 1 : Entah la... Lancang tu bukan ke kapal?
Gurl 2 : Haah la, tapi apa kaitannya antara mulut lancang dengan lancang (kapal)?
Gurl 1 : Siapa yang tau??
Lebih kurang camtu la dialong dia. Aku tak hapal la satu per satu kannn...
Last2 ada sorang budak laki ni bagitau :
'Lancang tu sebenarnya sebuah kapal yang bersaiz agak besar. Oleh kerana kapal tu besar, bila dia belayar, dia tak pedulikan kapal2 kecik. Kapal2 kecik akan tenggelam dek alunan ombak kesan dari kapal lancang tersebut. Sebab tu la dikatakan orang bermulut lancang ni dia tak pedulikan hati dan perasaan orang. Main cakap aje!'
Oh begituuuu.. Baru aku tau dari mana asal usulnya perkataan bermulut lancang. Macam yang kita tau, lagu Jamal Abdillah ada jugak berjudul 'Lancang Kuning' yang bermaksud 'Kapal Kuning' kan???
p/s : ini 1st time aku tengok kartun yang bodo2 alang ada pengajarannye. kadang2 kartun ni lawaknya bodo yang amat kan. juz boleh gelak2 tapi zero pengajaran. superb lah!! hehehe... So lepas ni boleh la kasi adik2 or anak2 tengok kartun...
14 komen-komen:
suka dengan kartun ni...walau bodo alang tapi ada pengajaran..
datang dari blog mak dara..
katun atashichi ni best juga..
dan baru tahu..lancang tu kapal..hihihi
Lancang sungguh..hehe..btl lah tu rsanya mksudnya..ckp xpdli hati org..hehe
suka sgt tgk karton tu...
atashinchi.. suke katun ni.. haha.. sy baru tau yg lancang tu kapal.. huhu..
ramai jugak yg tak tau ape maksud lancang kan? hahaha... sy pun tau ms dgr lagu lancang kuning jamal abdillah...
singgah sini.follow ur blog...
:)
salam knal..ada jugak kebaikan citer katun ni eyh..hehehe
terjah dari blog mak dara dan follow...
hehe ada jg pengajarannya kartun tu ek...kdg2 tertengok jg kartun tu time anak tengok
p/s : membalas kunjungan
atashinci mmg best! selalu tgk pasal mak dia yg pemalas tu je..part lancang ni xtgk lak... =D
dr blog mak dara, salam kenal =)
la baru tau rupanya kapal ekk...hehe
oh tu sejarahnye hehe
Katun ni akak pon layan, bodo2 pon Ada pengajaran...
Kalau hagemaru mmg akak x kasi anak akak tgk, Ada la 2/3 katun g akak x kasi,
Post a Comment